Laman Max Malaysia Mula Aktif – Era HBO Go Semakin Hampir Tamat
Effi Saharudin
Seperti kami laporkan minggu lalu, HBO Go akan digantikan dengan perkhidmatan Max di Malaysia sebelum berakhirnya 2024. Pengumuman dilakukan oleh wakil Warne Bros. Discovery selepas Max dilancarkan di Jepun. Minggu ini pautan laman web Max Malaysia mula aktif dan hanya memaparkan teks “Coming Soon” yang memberikan petunjuk paling jelas pelancarannya semakin hampir.

Antara kelebihan Max berbanding HBO Go ialah sokongan resolusi 4K dan kandungan yang lebih banyak kerana turut menyertakan kandungan saluran Discovery. HBO Go ialah satu-satunya perkhidmatan penstriman dari barat yang masih hanya menawarkan kandungan pada resolusi maksimum 1080p. Max dilancarkan pada tahun 2020 sebagai HBO Max sebelum namanya ditukar kepada Max selepas Warner Bros. dan Discovery bergabung.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.