PC Mini Qualcomm Snapdragon X Masih Akan Dilancarkan Walaupun Kit Pembangun Dibatalkan
Effi Saharudin
Qualcomm membatalkan kit pembangun Snapdragon Development Kit yang pada asalnya akan diberikan pada Jun lalu. Ia adalah kit yang memudahkan proses pembangun menghasilkan PC mini menggunakan keluarga cip Snapdragon X berasaskan ARM. Sungguhpun kit telah dibatalkan, Qualcomm menegaskan pelan melancarkan PC mini desktop dengan Snapdragon X masih akan diteruskan seperti yang diumumkan ketika acara Snapdragon Summit tahun lalu.

Menurut kenyataan rasmi yang diberikan, Snapdragon Development Kit terpaksa dibatalkan kerana produk yang dihasilkan tidak memenuhi standard yang telah ditetapkan. Kepada yang telah melakukan pesanan, wang akan dikembalikan. Mereka yang telah menerima kit juga akan menerima wang kembali tetapi kit tidak perlu dipulangkan kepada Qualcomm.
Kami akan menghadiri acara Snapdragon Summit 2024 minggu depan dan pada acara ini kit baharu mungkin akan diperlihatkan bersama dengan cip peranti mudah alih, PC, peranti boleh pakai dan juga audio terkini Qualcomm. Antara perancangan masa depan Qualcomm ialah memberikan sokongan GPU diskrit yang boleh digunakan bersama cip Snapdragon X