Samsung Hanya Akan Kembali Menggunakan Cip Exynos Pada Samsung Galaxy S27
Effi Saharudin
Tahun depan kesemua model Samsung Galaxy S25 dilaporkan akan menggunakan cip Snapdragon 8 Elite. Kehadiran Dr TM Roh ketika acara Snapdragon Summit minggu ini menunjukkan komitmen Samsung untuk menggunakan cip yang pada ketika ini dilabel sebagai yang terpantas di pasaran. Kini kedengaran ura-ura siri Galaxy S akan hanya kembali menggunakan cip Exynos pada siri Galaxy S27 menurut ciapan Ice Universe.

Menurut akaun peniris maklumat terkemuka ini, cip Eyxnos 2500 tidak digunakan pada siri Galaxy S25 kerana Samsung menghadapi isu pengeluaran. Ini menyebabkan mereka terpaksa menggunakan cip Snapdragon 8 Elite sepenuhnya. Oleh itu penggunaannya akan dilangkau dan pembangunan cip the nama kod Project Ulysses pula dimulakan.
Project Ulysses akan dihasilkan menggunakan teknologi 2nm Samsung dengan pengeluaran dijangka bermula penghujung 2026. Oleh itu ia hanya akan digunakan pada peranti siri Galaxy S27. Prestasi cip Eyxnos sejak kebelakangan ini adalah di belakang prestasi cip Snapdragon dan Dimensity yang membuatkan pengguna merasakan pembeliannya kurang berbaloi.