China memperketatkan lagi eksport unsur nadi bumi yang diperlukan dalam pelbagai industri seperti automotif, kuasa lestari, telekomunikasi dan semikonduktor. Ini dilihat sebagai membalas pelbagai sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat serta sekutunya ke atas China untuk mengakses kelengkapan teknologi terkini.
Menurut laporan The New York Times, kawalan eksport dysprosium pula diperketatkan dengan nadir bumi ini digunakan dalam pembuatan motor elektrik dan semikonduktor. China mengawal 99.9% pengeluaran dysprosium dunia dengan kilang pemprosesan terletak di Wuxi. Sebelum ini China mengehadkan eksport galium ,germanium dan antimoni yang juga penting untuk penghasilan semikonduktor.
Halangan eksport ini akan memberikan tempias positif kepada Estonia, Perancis dan Malaysia yang mempunyai kilang pemprosesan dysprosium. Lynas mengesahkan kilang mereka yang terletak di Kuantan akan mula memproses dysprosium bermula tahun depan.
Walaupun perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat menimbulkan ketidakstabilan ekonomi dunia, ia bukan pertama kali menerima tempias positif. Pengembangan operasi kilang semikonduktor dan pusat data di Malaysia sejak dua tahun kebelakangan ini berlaku kerana Malaysia dilihat sebagai neutral kepada kedua-dua negara. Dalam situasi ini adalah lebih baik Malaysia menangguk air yang keruh daripada menjadi rusa yang mati di tengah-tengah.