Tecno Hadir Dengan Teknologi Universal Tone Untuk Memproses Warna Kulit Lebih Saksama
Fahim Zahar
Tiga tahun lepas, Google hadir dengan algoritma kamera untuk memproses imej dengan warna yang lebih inklusif untuk insan berkulit gelap. Setahun kemudian, Google memperkenalkan Skala Tona Kulit Monk untuk mengelakkan masalah berat sebelah dalam pemprosesan AI. Tahun ini, Tecno pula hadir dengan algoritma mereka tersendiri.

Ini bukan kali pertama pengeluar peranti China hadir dengan ciri seperti ini, namun ia adalah yang pertama untuk Tecno. Tecno telah hadir dengan teknologi Universal Tone yang dibangunkan berasaskan pangkalan data untuk 268 tona kulit berbeza. Teknologi ini dikatakan dibangunkan bersama-sama dengan pakai sains warna tona kulit.

Tecno turut hadir dengan laman web khas 268toneproud.com yang menggunakan kamera peranti untuk mengimbas warna tona kulit anda. Hasil analisa kemudiannya boleh dikongsi kepada Instagram atau kongsi terus ke galeri Tone Proud.
[sumber] Tecno [/sumber]