WhatsApp Sedang Membangunkan Pelekat ‘Add Yours’ Pada Status
Amy Maizuraa
WhatsApp ingin meluaskan lagi kebolehan aplikasi terutamanya untuk fungsi status melalui kemaskini mendatang. Ia dikenali sebagai Sticker Prompts – Status Updates yang juga berfungsi sama seperti pelekat Add Yours pada Instagram dan YouTube.

Melaluinya anda boleh mencipta rantaian kandungan sama ada berbentuk soalan atau aktiviti untuk kemudahan interaksi individu antara individu melalui kemaskini pada status masing-masing. Sebagai contoh anda bertanyakan mengenai haiwan kesayangan kemudian kenalan boleh ketik pada pelekat lalu berkongsi pula melalui kemaskini masing-masing.
Namun sudah tentu terdapat kekangan tertentu yang dihadapi oleh pengguna memandangkan kesediaannya berpotensi mengkhususkan terhadap kenalan yang disimpan sahaja. Turut difahamkan ianya boleh didapati dalam ruangan pelekat khusus yang kemudiannya pengguna hanya perlu ketik dan taip sebarang perkara yang menarik kenalan untuk memberi respon.
Ia bagaimanapun masih di peringkat pembangunan dan boleh disediakan dalam kemaskini akan datang tanpa perkongsian tempoh masa khusus yang didedahkan.
[sumber] WABetaInfo [/sumber]