Kisah Sam Bankman-Fried Mengenai Kejatuhan FTX Akan Difilemkan Oleh Apple dan A24
Fahim Zahar
Kebanyakan teknologi yang kita gunakan sekarang semuanya ada sejarah yang menarik. Tidak kira sama kisah kejatuhan sebelum kembali naik, kisah jenayah, kisah lucu dan banyak lagi. Facebook ada filem The Social Network, Apple ada dua filem Steve Jobs, Blackberry juga ada filem dan yang terbaru kisah FTX mengenai Sam Bankman-Fried (SBF) turut akan difilemkan.

Filem ini akan diadaptasi dari buku Going Infinite: The Rise and Fall of a New Tycoon oleh Michael Lewis. Ia akan ditulis oleh Lena Durham dan filem akan dihasilkan dan diterbit oleh Apple Studios serta A24. Buku ini menceritakan kisah mendalam kejayaan dan kejatuhan FTX serta SBF. Bagi yang tidak tahu, SBF bersalah dalam tujuh pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram dan penipuan atas talian. Juri hanya mengambil masa empat jam untuk mendapati beliau bersalah.
Selain filem Apple Originals bersama A24, kisah SBF dan FTX ini turut akan disampaikan dalam drama bersiri oleh Prime Video. Buat masa ini butiran lanjut mengenai filem seperti judul akhir, pengarah dan pelakon masih belum ditentukan. Sama-sama kita nantikan.
[sumber] Variety [/sumber]