Samsung Galaxy Z Flip7 FE Dijangka Tiba Seawal Tahun 2025
Fahim Zahar
Selepas Samsung Galaxy Z Fold6 SE diperkenalkan sebagai iterasi fon boleh lipat paling premium, ramai orang yang tertanya bila pula versi mampu milik akan ditawarkan seperti laporan sebelum? Jawapannya, Samsung mungkin akan menawarkan fon lipat mampu milik di bawah siri FE.
Peranti pertama dijangka adalah Galaxy Z Flip7 FE yang menurut Ross Young akan tiba pada tahun 2025. Z Flip7 FE dikatakan mungkin adalah peranti sama dengan Z Flip7 biasa tetapi dengan janaan cip dari peranti mercu generasi lepas, menggunakan RAM lebih rendah berserta storan bermula 128GB. Konfigurasi kamera juga mungkin adalah lebih lemah berbanding Z Flip7.

Buat masa ini tiada butiran lain yang diketahui selain mungkin Samsung akan menggunakan cip Exynos 2400. Mungkin sama dengan Galaxy S24 FE dengan Exynos 2400e? Kemudian untuk Galaxy Z Fold7, Ross Young menyatakan Samsung tidak akan menggunakan rekaan premium dan nipis mirip Galaxy Z Fold6 SE kerana rekaan premium ini turut akan dihadkan kepada Galaxy Z Fold7 SE. Adakah anda akan kekal memilih Samsung untuk peranti skrin boleh-lipat pada tahun 2025 atau akan berpindah kepada jenama lain?
[sumber] X – Ross Young [/sumber]