Pengguna Samsung Galaxy Watch4? Kemas Kini Wear OS 5 Dengan One UI 6 Kini Diedarkan
Fahim Zahar
Samsung sangat komited dalam menawarkan kemas kini jangka masa panjang untuk produk-produk mereka. Ini membuatkan peranti Samsung kini lebih berbaloi untuk dimiliki. Terbaru, siri Galaxy Watch4 iaitu jam tangan pintar yang dilancarkan 3 tahun lepas mula menerima kemas kini Wear OS 5 yang terbaru.
Dahsyat. Kenapa? Tidak banyak jam tangan pintar di pasaran Malaysia yang kekal menerima kemas kini lebih dari 2 tahun selain Apple Watch. Pixel Watch 3, TicWatch Pro 3 Ultra, Xiaomi Watch 2 Pro dan banyak lagi masih menjalankan Wear OS 3 atau Wear OS 4. Dua jam yang menerima kemas kini ini adalah Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic.
Kemas kini ini membawakan rekaan antaramuka yang lebih kemas, menjanjikan prestasi dan sekuriti lebih baik, dan beberapa integrasi ciri Samsung Health yang sudah ditawarkan pada Galaxy Watch7. Buat masa ini, mereka yang menerima kemas kini ini adalah yang menggunakan One UI 6 Beta pada peranti Samsung masing-masing.
Wear OS 5 dengan One UI 6 Watch ini turut hadir dengan tampalan sekuriti Oktober 2024. Dijangkakan, jam-jam Samsung lain turut akan menerima kemas kini ini dalam masa terdekat secara berperingkat.
[info] Ulasan Samsung Galaxy Watch4 Classic – Akhirnya Pengganti Gear S3 Yang Lama Dinanti [/info]
[sumber] Android Authority [/sumber]

