Carian
Anda Kelak Boleh Kongsi WhatsApp Channel Dengan Kod QR
December 2, 2024 Fahim Zahar

Sebulan selepas Meta mengumumkan WhatsApp Channel, ia terus ditawarkan di Malaysia. Kini dengan semua pengguna boleh cipta saluran sendiri, ia telah meningkatkan jumlah pengguna aktif bulanan dan banyak yang dari Malaysia menjadi popular seperti Zoo Negara Malaysia, MyMDEC, Cereka, JomCheck, MIASA Malaysia dan beberapa yang lain lagi.

Tahun ini, WhatsApp telah mengemaskini ciri saluran untuk menambah pentadbir dan sokongan perkongsian audio. Akan datang, pemilik saluran lebih mudah untuk kongsi dan mempromosikan saluran mereka. Menurut WABetaInfo, akan datang pemilik saluran WhatsApp boleh kongsi terus dengan kod QR dan tidak lagi terhad kepada pautan sahaja.

Buat masa ini, akses kepada kod QR untuk perkongsian saluran WhatsApp masih terhad kepada pengguna terpilih. Sama-sama nantikan maklumat lanjut mengenai WhatsApp dengan mengikuti saluran WhatsApp Amanz.

Komen