Carian
One UI 7 Tidak Lagi Menyokong Muat Turun Aplikasi Untuk Edge Panel
December 2, 2024 Effi Saharudin

Edge Panel ialah tab sisi pada peranti Samsung Galaxy yang boleh digunakan untuk mengakses pembaris, kompas, lampu suluh, aplikasi, nota dan banyak lagi. Kali pertama diperkenalkan Galaxy Note Edge sepuluh tahun lalu, kini terdapat pelbagai Edge Panel yang boleh dimuat turun menerusi Galaxy Store. Tetapi menurut laporan Sammobile, bermula dengan One UI 7 muat turun aplikasi ke Edge Panel tidak lagi disokong.

Pengguna mula menerima notis daripada Samsung yang mengatakan sokongan muat turun ciri tambahan Edge Panel tidak lagi boleh dilakukan menerusi Galaxy Store. Edge Panel sedia ada akan kekal selepas peranti dinaiktaraf ke One UI 7. Jika ia dipadam, tiada cara untuk mengembalikannya termasuk Edge Panel yang dibeli.

Ini ialah satu tindakan menghentikan sokongan oleh Samsung. Sudah disahkan DeX untuk PC akan dihentikan juga pada One UI 7. Pada One UI 6.1.1 pula, ciri menghasilkan GIF beranimasi menerusi Edge Panel dihentikan dan digantikan dengan ciri Sketch to Image.

Komen