Carian
Huawei Mate X6 Akan Dilancarkan Ke Pasaran Global Pada 12 Disember
December 2, 2024 Effi Saharudin

Huawei Mate X6 dilancarkan minggu lalu sebagai peranti skrin lipat mercu terkini mereka. Ketika dilancarkan di China, Huawei tidak memberikan sebarang maklumat sama ada ia akan memasuki pasaran global. Kini Huawei mengesahkan pelancaran global Huawei Mate X6 akan berlangsung di Dubai pada 12 Disember depan.

Mate 70 juga mungkin akan dilancarkan serentak dengan Mate X6 kerana imej yang dikongsi mengatakan pelancaran peranti mercu. Mate X6 dan Mate 70 dilancarkan dengan cip terkini Kirin 9020 dan juga sistem operasi HarmonyOS Next yang tiada lagi sokongan untuk aplikasi Android.

Persoalannya kelak ialah sama ada versi global akan menggunakan sistem operasi ini ataupun EMUI kerana jumlah aplikasi HarmonyOS Next hanya sekitar 10,000 yang masih kecil. Secara lazimnya Huawei akan melancarkan produk mereka di Malaysia kerana negara kita ialah antara pasaran terbesar di luar China. Nantikan pengumuman daripada Huawei Malaysia sekiranya Mate X6 dan Mate 70 akan dilancarkan di sini.

Komen