Carian
Keberangkalian Mengesan Kanser Payudara Meningkat 21% Apabila AI Digunakan
December 6, 2024 Effi Saharudin

Kanser payudara ialah penyumbang terbesar kematian wanita yang menghidap kanser di Malaysia. Antara isu yang dihadapi ialah kanser dikesan lewat kerana kurangnya kesedaran untuk melakukan pemeriksaan. Kanser payudara kini dapat dikesan lebih tepat dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) menurut kajian saintis yang membentangkan penyelidikan mereka kepada Persatuan Radiologi Amerika Utara (RSNA) minggu ini.

Menurut penyelidik, AI dapat mengesan kehadiran kanser menerusi imbasan mamografi pada kadar 21% lebih tinggi berbanding sekiranya hanya menggunakan manusia. Dalam kalangan 747,604 wanita yang melalukan pemeriksaan mamografi dalam setahun, kewujudan kanser adalah 43% lebih tinggi dalam kalangan mereka yang memilih untuk imbasan diproses oleh AI.

Analisa menggunakan AI pada waktu ini diberikan sebagai pilihan dengan ia harus dibayar sendiri oleh pesakit di Amerika Syarikat. Sungguhpun begitu ia jumlah pesakit yang memilih untuk melakukannya meningkat 36% tahun lalu.

Data ini menunjukkan bagaimana AI boleh digunakan oleh pengamal perubatan untuk membantu proses pengesanan kanser payudara khususnya dalam situasi imbasan tidak begitu jelas. Pengesanan awal boleh memastikan rawatan boleh diberikan lebih awal sebelum terlambat.

Sebelum ini kami laporkan AI yang dibangunkan Google dapat mengesan kewujudan kanser payudara dengan ketepatan lebih tinggi berbanding ahli radiologi manusia sementara itu Microsoft pula membangunkan AI yang mengesan kanser serviks.

Komen