Now Playing adalah antara ciri paling cool pada peranti Android yang pernah saya gunakan. Ia buat masa ini hanya disokong pada peranti Pixel sahaja. Konsep utamanya adalah untuk sentiasa mendengar lagu yang dimainkan di sekeliling pengguna dan melakukan pengecaman dengan memberi pengguna maklumat judul dan penyanyi.
Akan datang, ciri Now Playing membolehkan pengguna memilih pemain muzik lalai mereka sendiri. Sekarang, Now Playing akan memaparkan menu untuk pengguna pilih pemain muzik yang terpasang pada peranti. Kemas kini akan datang, sebagai sahaja lagu dikenalpasti dan pengguna tekan notifikasi ia akan terus buka pemain muzik kegemaran pengguna.
Walaupun ciri ini telah disenaraikan dalam laman bantuan pengguna Google, ia masih belum tiba pada mana-mana peranti Pixel. Ciri baharu ini mungkin sebahagian daripada Enhanced Now Playing yang Google telah bangunkan sejak bukan lepas. Now Playing turut memberi inspirasi kepada Apple untuk mengintegrasikan terus Shazam ke dalam iOS dengan ciri memaparkan sejarah lagu dikenalpasti. Bagi pengguna Android lain, widget Song Search atau Circle to Search adalah alternatif terbaik untuk Now Playing.