Playdate masih rancak aktif melancarkan pelbagai permainan video baharu untuk konsol mudah alih retro-moden mereka. Selepas set speaker Stereo Dock mereka dihentikan, Playdate tidak mengalah dan masih mengeluarkan pelbagai aksesori tersendiri yang lain. Terbaru, pengecas berwarna kuning pula mula dijual.
Playdate AC Adapter adalah pengecas USB-A berwarna kuning yang sama tema dengan warna konsol mudah alih mereka. Ia menyokong pengecasan kuasa 10W, terhad kepada sambungan USB-A dan hanya palam untuk negara Amerika Utara dan Jepun sahaja diperkenalkan. Ia juga direka dalam saiz yang kecil iaitu 52x35x45 mm dan dijual pada harga $5 iaitu sekitar RM23.
Kabel USB-A ke USB-C berwarna kuning yang disertakan di dalam kotak turut dijual secara berasingan dengan harga yang sama. Walaupun Playdate tidak memaparkan harga dalam mata wang Ringgit, mereka sedia menghantar produk-produk yang ditempah ke Malaysia.
Untuk penjimatan ketika membeli, anda harus membeli banyak produk kerana kos penghantarannya sangat mahal ($37.21, RM164.70). Jika anda ingin membeli Playdate, ia hanya dijual di laman web rasmi mereka kerana tiada pengedar di Malaysia berminat untuk menjualnya secara rasmi.