Kemalangan di reaktor nuklear Chernobyl pada tahun 1986 menyebabkan kawasan seluas 2600 kilometer persegi di Ukraine tidak selamat didiami oleh manusia. Radiasi nuklear berada di tahap tinggi boleh menyebabkan penyakit kanser dan seterusnya kematian. Tetapi saintis dari Rutgers University telah menemukan fungus yang hidup dengan memakan radiasi nuklear di Chernobyl.
Fungus hitam Cladosporium sphaerospermum ditemukan hidup pada dinding reaktor 4 dimana letupan berlaku hampir 40 tahun lalu. Ia melakukan proses radiosintesis yang mengubah sinar gama menjadi sumber tenaga untuk meneruskan hidup sama seperti pokok hijau melakukan proses fotosintesis cahaya matahari.
Cladosporium sphaerospermum masih boleh hidup dalam kawasan radiasi yang akan menyebabkan kematian pada manusia. Sebelum ini populasi serigala dan cacing tanah di Cherbobyl juga telah ditemukan mempunyai kemampuan kalis radiasi.
Saintis kini meneruskan kajian ke atas fungus ini bagi tujuan menggunakannya bagi tujuan pembersihan kawasan yang dicemari radiasi. Ia juga boleh digunakan sebagai bahan pendinding radiasi oleh angkasawan yang akan meneroka galaksi. Radiasi yang tinggi di angkasa lepas menyebabkan pengembaraan ke Marikh adalah mustahil kerana merosakkan ginjal manusia.