Samsung Galaxy Ring 2 Mungkin Akan Diperkenalkan Bersama Galaxy S25
Fahim Zahar
Sehingga hari ini, saya tidak nampak ramai orang menggunakan cincin pintar. Ini mungkin kerana sudah ramai yang terbiasa dengan jam atau penjejak kesihatan. Walaupun begitu, Samsung dilihat masih tidak mengalah kerana Galaxy Ring 2 pula mungkin akan dilancarkan.

Galaxy Ring 2 menurut The Financial News mungkin akan diumumkan pada acara Samsung Unpacked 2025 ketika pelancaran siri Galaxy S25. Galaxy Ring 2 dikatakan ingin bersaing dengan Oura, iaitu pengeluar cincin pintar yang popular di pasaran barat. Cincin baharu Samsung ini turut akan mempunyai dua saiz tambahan, bateri bertahan sehingga 7 hari, dan sensor yang boleh membaca data kesihatan yang lebih tepat.
Di acara yang sama, Samsung juga dijangka akan melancarkan kaca mata pintar realiti terimbuh pertama mereka. Ia mungkin adalah hasil kerjasama bersama Qualcomm dan Google yang mungkin akan menggunakan cip baharu dan Android XR. Apa-apa pun, jika benar Samsung Unpacked akan berlaku pada 22 Januari – kurang sebulan kita akan sama-sama dapat mengetahui maklumat lanjut.
[sumber] DigiTimes [/sumber]