Carian
Google Search Menawarkan Permainan Mini Berdasarkan Squid Game
December 27, 2024 Fahim Zahar

Squid Game adalah siri TV paling popular dengan mempunyai rekod tontonan paling banyak dalam sejarah Netflix, serta turut menjana pendapatan sehingga lebih RM3.7 bilion. Kini selepas 3 tahun ia disiarkan di Netflix, musim kedua sudah pun tersedia untuk dimaratonton dengan 7 episod. Google Search turut menyambut pelancaran Squid Game musim kedua dengan permainan mini.

Apabila anda melakukan carian Google dengan kata kunci squid game, kad jemputan logo ikonik Squid Game akan dipaparkan di bawah skrin. Apabila ditekan pekerja permainan berbaju merah jambu dengan ikon bulat, petak dan segi tiga bersama-sama dengan patung gergasi Young-hee untuk permainan Lampu Merah, Lampu Hijau akan terpapar.

Anda boleh main permainan mini ini dengan tekan butang O atau X di bawah skrin untuk bergerak dan berhenti. Butang ini signifikan dalam Squid Game sebagai butang mengundi sama ada ingin teruskan atau menghentikan permainan. Di dalam Google Search, selepas kalah watak akan terus pudar dan menghilang – berbeza dalam siri TV sebenar yang sangat ganas.

Jika anda ingin terus bermain permainan dari dalam siri TV Squid Game, lagi-lagi jika ingin menaikkan semangat menonton musim kedua – Squid Game: Unleashed adalah permua percuma untuk semua pelanggan Netflix dengan konsep permainan yang sama.

Komen