Carian
YouTube Menguji Ciri “Play Something” Yang Telah Dilupakan Netflix
December 27, 2024 Fahim Zahar

3 tahun lepas, Netflix memperkenalkan ciri Play Something yang apabila ditekan ia akan memainkan kandungan secara rawak. Tahun lepas, ciri ini ditamatkan dan baru-baru ini YouTube pula dilihat cub mengimplementasikan ciri yang lebih kurang sama.

Ciri ini muncul pada aplikasi YouTube untuk Android dalam bentuk butang terapung. Apabila butang ini ditekan, ia akan memainkan video rawak dalam pemain video menegak. Cuma, video yang dimainkan bukannya Shorts tetapi turut memainkan video biasa. Kandungan video dikatakan mungkin berdasarkan minat pengguna.

Butang Play Something pada YouTube telah diuji sejak tahun lepas, namun ciri ini hanya mula muncul kepada sesetengah pengguna melalui aplikasi YouTube versi 19.50. Dalam ujian saya, ia masih tidak muncul dan tidak pasti bila ia akan diperkenalkan secara meluas.

Komen