Sedikit demi sedikit, semakin banyak peranti Android bukan Samsung Galaxy dan Google Pixel mula menerima sokongan Circle to Search. Circle to Search adalah ciri carian AI yang menggunakan teknologi seakan Google Lens yang lebih maju. Terbaru, giliran Nothing Phone pula menerima sokongan ini.
Dengan Nothing Phone (2) dan Phone (2a) telah menerima kemas kini Nothing OS 3.0 berasaskan Android 15 baru-baru ini. Aplikasi Google pada peranti turut dikemaskini. Dalam kemas kini ini, kedua-dua peranti menerima ciri Circle to Search. Untuk menggunakannya, tekan palang gestur di bawah skrin untuk seketika sehingga animasi muncul pada keseluruhan skrin.
Circle to Search turut menyokong carian lagu melalui Song Search dan pada sesetengah peranti, ia turut mempunyai butang talam pemalam menawarkan ciri dan fungsi tambahan. Bagi pengguna Phone (2a) Plus, ciri ini turut boleh digunakan melalui Nothing OS 3.0 beta.