Corning Gorilla Glass Armor adalah kaca perlindungan dari bahan aluminosilikat yang diperkenalkan pada Samsung Galaxy S24 Ultra. Ia mempunyai ketahanan 4x lebih tahan calar berbanding biasa, 75% lebih baik mengurangkan kesan silau dan turut diperbuat daripada 25% kandungan terpakai pengguna. Terbaru, versi generasi kedua turut akan diperkenalkan tahun hadapan.
Menurut peniris terkenal Ice Universe, Glass Armor 2 akan diperkenalkan bersama Samsung Galaxy S25 Ultra dan akan menjadi eksklusif untuk peranti mercu baharu Samsung ini sahaja. Glass Armor generasi kedua dikatakan adalah lebih berkuasa dari segi mengurangkan kesan silau. Ia akan mempunyai paparan yang lebih tajam, setiap butiran piksel kelihatan lebih terang dan paling penting semakin tahan lasak.
Bukan itu sahaja, ramai turut mengharapkan Samsung menggunakan lapisan oleophobic yang lebih bagus kerana pada Galaxy S24 Ultra ia tidak begitu tahan lama. Sama-sama kita nantikan pelancaran Galaxy S25 Ultra yang dijangka tiba pada 22 Januari akan datang.
Gorilla Glass Armor bagi yang tidak tahu, turut digunakan pada iQOO 13 – iaitu peranti mercu Snapdragon 8 Elite kedua di pasaran Malaysia.