Carian
Samsung Galaxy S25 Mungkin Akan Hadir Dengan Google Gemini Advanced Percuma
December 31, 2024 Fahim Zahar

Bulan Ogos lepas, Google Pixel 9 dilancarkan di Malaysia buat kali pertama. Harga jualannya agak tinggi, tetapi Google memberikan langganan setahun Google One AI Premium secara percuma yang bernilai RM1,175.88 (RM97.99 sebulan). Akan datang dikhabarkan satu lagi siri peranti mercu memberikan langganan ini percuma kepada pelanggan mereka.

Galaxy AI, percuma sehingga hujung tahun 2025

Menurut laporan Android Authority yang menemui kod di dalam aplikasi Google versi 15.52.37 beta, peranti Samsung baharu akan menawarkan langganan setahun Google One AI Premium. Ia dijangkakan adalah untuk siri Galaxy S25 yang mungkin bakal dilancarkan pada 22 Januari nanti. Menariknya, tidak semua Galaxy S25 akan menerima tawaran yang sama.

Gemini Live, ciri Gemini Advanced – Percuma setahun dengan pembelian Pixel 9

Berdasarkan kod yang ditemui, langganan setahun mungkin terhad kepada Galaxy S25 Ultra. Sementara Galaxy S25+ hanya 6 bulan dan Galaxy S25 pula terhad kepada 3 bulan. Buat masa ini masih tidak jelas jika ini terhad kepada negara terpilih atau untuk semua, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut tidak lama lagi.

Komen