Musim kedua Squid Game boleh ditonton pada 26 Disember lalu. Semalam Netflix mengumumkan ia menerima 68 juta tontonan sekaligus menjadikannya siri dengan jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah platform. Dalam masa sama, ia sudahpun berada di tangga ke tujuh siri bukan dalam Bahasa Inggeris dengan tontonan tertinggi di Netflix.
Selain itu ia juga menjadi siri nombor satu di 92 negara seluruh dunia. Permainan to Squid Game: Unleashed yang diberikan secara percuma pula menjadi permua di tempat pertama di 24 negara. Di App Store pula, ia menjadi permua aksi paling banyak dimuat turun di 57 negara. Musim kedua sudahpun boleh ditonton sepenuhnya dan musim ketiga disahkan akan tiba tahun ini.
Fenomena Squid Game ialah di peringkat global dengan Netflix mengadakan beberapa acara promosi fizikal. Di Malaysia patung gergasi Red Light Green Light diletakkan di hadapan stesen MRT Ampang Park. Di laman web pula, permainan Red Light Green Light boleh dimainkan menerusi pelayar web dengan pergi ke Google Search.