Carian
Samsung Galaxy Z Flip7 FE Mungkin Menggunakan Semula Skrin Z Flip6
January 2, 2025 Fahim Zahar

Samsung dijangka akan memperkenalkan telefon dengan skrin boleh katup lebih mampu milik pada tahun ini. Ia mungkin adalah Galaxy Z Flip7 FE, yang akan kekal menawarkan ciri mercu. Terbaru, butiran bagaimana Samsung memotong kos bagi peranti ini didedahkan.

Galaxy Z Flip7 FE dikatakan tidak akan menggunakan panel skrin terkini yang sama pada Galaxy Z Flip7. Sebaliknya, ia akan menggunakan panel skrin Galaxy Z Flip6. Cuma tidak didedahkan adakah luar dan dalam sama. Jika ya, skrin dalam adalah panel Dynamic LTPO AMOLED 2X 120Hz HDR10+ bersaiz 6.7-inci. Sementara di luar adalah panel Super AMOLED bersaiz 3.4-inci 60Hz dengan Gorilla Glass Victus 2.

Ini bukanlah perkara mengejutkan kerana seperti Galaxy S24 FE yang menggunakan AMOLED biasa, S24 mercu menggunakan AMOLED LTPO. Menggunakan skrin lama pada peranti baru untuk harga mampu adalah strategi masuk akal. Z Flip7 FE mungkin menggunakan cip sama Galaxy S24 FE iaitu Exynos 2400e, dipadankan dengan memori dan storan lebih rendah serta kamera lebih lemah berbanding Z Flip7.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut yang akan tiba dari masa ke semasa.

Komen