Rekaan OnePlus 13R Diperlihatkan Secara Rasmi – Mungkin Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
Fahim Zahar
OnePlus 13 dan OnePlus 13R adalah dua peranti mercu baharu OnePlus yang disahkan akan tiba ke pasaran Malaysia. Ini kerana kedua-dua peranti ini telah pun memasuki pangkalan data SIRIM dan OnePlus 13 sudah pun tiba di makmal Amanz sejak dua minggu lepas. Terbaru, OnePlus 13R pula didedahkan.
[info] Pandang Pertama OnePlus 13 – Kembali Bernafas Dengan Oksigen Sendiri [/info]

OnePlus 13R adalah OnePlus Ace 5 yang dijenamakan semula untuk pasaran global. Sama seperti OnePlus 13, 13R juga akan menggunakan tubuh dan skrin yang rata. Ia juga akan dilengkapi dengan bateri 6000mAh, menggunakan skrin 6.78-inci LTPO AMOLED 120Hz, dijana cip sama dengan OnePlus 12 iaitu Snapdragon 8 Gen 3, menggunakan kamera 50+8+2 Megapixel tanpa Hasselblad dan menyokong pengecasan SuperVOOC.

Buat masa ini butiran pelancaran Malaysia masih belum didedahkan. OnePlus 13 dan OnePlus 13R akan dilancarkan untuk pasaran global pada 7 Januari akan datang. Sama-sama kita nantikan.
[sumber] OnePlus [/sumber]