Bulan lepas, Nothing OS 3.0 berasaskan Android 15 telah diberikan kepada Nothing Phone (2a) Plus. Walaupun ia masih dalam bentuk beta, banyak ciri baharu telah diberikan termasuk dengan Circle to Search. Kurang sebulan diperkenalkan, kini versi stabil mula diedarkan untuk pengguna.
Kemas kini ini membawakan banyak perkara menarik seperti antaramuka yang lebih kemas dan ringkas, penggunaan tulisan San Serif berbanding NDot, talam notifikasi kini lebih fleksibel, talam aplikasi dikuasakan AI dan ada banyak ciri AI generatif diperkenalkan. Ciri widget boleh dikongsi dan sokongan pelbagai widget interaktif turut diperkenalkan.
Kunci skrin dan sokongan kustomasi turut ditambahbaik. Prestasi penggunaan dan prestasi kamera juga ditingkatkan agar peranti lebih selesa digunakan. Phone (2a) Plus hadir dengan skrin AMOLED 120Hz 6.7-inci HDR, dijana Dimensity 7350 Pro, kamera 50MP, dan dijual pada harga RM1,999.