Wireless Power Consortium Mengesahkan Peranti 2025 Samsung Dan Google Akan Menyokong Qi2
Fahim Zahar
Format pengecasan nirwayar magnetik universal telah pun diperkenalkan oleh Wireless Power Consortium (WPC) pada tahun 2023. Sehingga hari ini, selain iPhone 12 dan ke atas hanya peranti HMD Skyline sahaja yang menyokongnya. Terbaru, WPC telah mengumumkan dua pengeluar peranti yang akan akhirnya menggunakan Qi2 pada peranti masing-masing.

Dalam siaran akhbar untuk media yang WPC kongsi sempena acara CES 2025, mereka mengesahkan peranti Samsung dan Google pada tahun 2025 akan menyokong ciri pengecasan nirwayar Qi2. Peranti Galaxy 2025 yang dijangka akan membawa sokongan ini adalah siri Galaxy S25. Sementara untuk Google ia mungkin adalah siri Pixel 10.
Qi menawarkan kuasa pengecasan nirwayar 7.5W, sementara Qi2 pula adalah 15W yang sedikit berbeza dengan MagSafe yang menawarkan kuasa 25W. Teknologi pengecasan nirwayar dari pengeluar lain turut ada yang lebih pantas seperti Honor dengan 100W atau Oppo/OnePlus dengan 50W AirVOOC.
[sumber] WPC [/sumber]