Carian
Samsung Akan Melancarkan Telefon Skrin Tri-Lipat Tahun Ini
January 9, 2025 Effi Saharudin

Samsung akan melancarkan telefon pintar dengan skrin tri-lipat tahun ini menurut laporan media Korea Selatan. Pelancarannya akan dilakukan pada H2 2025 dan pastinya serentak dengan pelancaran siri Galaxy Z Fold dan Z Flip. Dalam laporan yang sama, peranti tri-lipat ini akan ditawarkan dalam jumlah yang terhad terlebih dahulu iaitu bawah 300,000 unit.

Ia juga dipercayai tidak akan menggunakan rekaan seperti Huawei Mate XT yang merupakan peranti tri-lipat pertama dunia. Panel keluaran Samsung Display kelak tidak akan mempunyai bahagian sisi yang terdedah bagi mengelakkan kerosakan.

Dalam prototaip yang telah diperlihatkan pada tahu 2021, teknologi skrin Flex In & Out menggunakan pelindung plastik untuk skrin tri-lipat. Ketahanan adalah isu penting kerana di China sudah muncul laporan skrin Mate XT yang tidak begitu tahan lasak walaupun peranti baru sahaja dilancarkan.

Selain Samsung, Oppo dan Tecno juga telah memperlihatkan peranti konsep tri-lipat mereka. Kedua-dua syarikat mengatakan tiada perancangan untuk menawarkannya kepada orang ramai dalam masa terdekat.

Komen