Threads dilancarkan sebagai platform media sosial untuk komuniti dan perkongsian positif. Ia bukan tempat untuk mendapatkan berita dan juga kandungan politik. Walau bagaimanapun, Mark Zuckerberg baru-baru ini mengumumkan yang platform Meta adalah untuk kebebasan bersuara – Threads akan melalui perubahan tidak lama lagi.
Bermula di Amerika Syarikat, Threads akan mula mencadangkan kandungan politik. Kandungan turut akan dipaparkan daripada akaun yang tidak diikuti pengguna. Adam Mosseri memberitahu yang di Treads, turut akan ada kawalan paparan kandungan seperti less, standard, default atau more.
Mosseri sendiri tidak menggemari akan perubahan ini, tetapi ramai pengguna mahukan ciri ini disertakan. Beliau turut menyedari yang ada;lah sangat tidak praktikal untuk menetapkan had mana satu kandungan politik dan bukan.
Perubahan ini turut akan terkesan kepada pengguna di seluruh dunia secara berperingkat. Usah risau, kawalan kandungan boleh dilakukan agar garis masa anda tidak dibanjiri kandungan politik dengan komen toksik.