Semakin hari semakin menarik untuk menggunakan Threads. Platform media sosial Meta yang cuba menjadi X ini sudah menambah ciri topik terhangat, ada aplikasi Windows, hantaran kegemaran boleh disimpan, dan banyak lagi. Satu pendirian Threads yang jelas adalah mereka tidak ingin menjadi tempat pengguna mendapatkan berita terkini dan hal-hal politik.
Terbaru Meta telah mengemaskini aplikasi Instagram pada bahagian Content preferences (Pilihan utama kandungan) dengan ciri Politcal content (Kandungan berpolitik). Apabila ditekan pengguna boleh pilih sama ada ingin mengehadkan kandungan politik dari pengguna yang tidak diikuti atau terus menerima kandungan politik.
Sejak Threads dilancarkan isu politik yang dibincangkan di platform ini banyak dari negara Amerika. Hal-hal berkaitan di Malaysia setakat pemantauan saya, ramai pengguna lebih aktif di X. Apa-apa pun jika anda ingin garis masa Threads dan Instagram anda bebas politik, lakukan tetapan ini untuk memudahkan diri di masa hadapan nanti.