Carian
Samsung Galaxy A56 Tertiris Dengan Bonggol Kamera Semakin Tebal
January 10, 2025 Fahim Zahar

Samsung nampaknya telah menemui cara untuk membezakan terus antara perant Galaxy A dan Galaxy S. Jika tahun lepas orang ramai boleh terkeliru antara Galaxy A55 dan Galaxy S24 – tahun ini dengan Galaxy A56 ia akan berubah.

Rekaan peranti kelas pertengahan premium Samsung ini telah tertiris dan disenaraikan di laman TENAA di China. Galaxy S56 dilihat kini mempunyai bonggol kamera yang semakin tebal pada kesemua tiga lensa kamera dan tidak lagi menggunakan modul lensa secara individu. Kemudian, rekaan Key Island pada sisi peranti untuk cengkaman tambahan dan butang yang lebih sedap ditekan turut akan dikekalkan.

Untuk spesifikasi peranti ia masih tidak jelas, kerana laman TENAA tidak menyenaraikannya. Galaxy A56 dijangka akan dijana cip Exynos 1580 yang direka dengan binaan 4nm, CPU Cortex -A720 dan GPU Xclipse 540. Skein dikatakan adalah AMOLED FHD+ 120Hz, kamera 50+12+5 Megapixel, bateri 5000mAh dengan pengecasan 45W dan menjalankan One UI 7 berasaskan Android 15.

Galaxy A55 vs Galaxy S24+ vs Galaxy Z Fold6 – Perbezaan bonggol kamera

Galaxy A56 dijangka akan dilancarkan sekitar sebulan selepas pelancaran siri Galaxy S25. Sama-sama kita nantikan dan berharap harga jualannya adalah sama sekitar RM1,999 atau lebih murah.

Baca ulasan penuh Samsung Galaxy A55 kami dengan perbezaan bersama Galaxy S24 dan juga kenapa ia bukan peranti Galaxy idaman anda.
Komen