Huawei mengumumkan ketersediaan rasmi untuk rangkaian produk baharu yang diumumkan tempoh hari. Ia meliputi Huawei Mate X6, siri Huawei Nova 13 dan Huawei Freebuds Pro 4 dengan kesemuanya sudah disediakan untuk pembelian di Malaysia. Harga jualan adalah sama seperti yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu RM8,699 untuk Huawei Mate X6. Sementara itu siri Nova 13 pula bermula RM1,299 dan Freebuds Pro 4 bernilai RM899.
Huawei Mate X6 dilengkapi dengan skrin utama sebesar 7.93-inci manakala bahagian dalamnya bersaiz 6.4-inci. Mengusai peranti adalah cip Kirin 9020 dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan 512GB. Selain itu mempunyai kamera utama 50MP, sensor 40MP ultra-lebar dan 48MP untuk kebolehan makro. Bateri 5110 mAh dan sistem pengecasan 66W turut disediakan sebagai pelengkap.
Huawei Nova 13 disediakan dalam tiga model yang berbeza dengan model pro dan standard berkongsi sebahagian besar spesifikasi yang sama. Ia meliputi skrin OLED 6.7-inci 120Hz, memori 12GB RAM, storan 512GB, swafoto 60MP dan bateri 5000mAh. Perbezaan terletak pada kamera utama 50MP + 48MP + 40MP pada versi pro manakala Nova 13 dilengkapi kamera 50MP + 8MP. Huawei Nova 13i pula menggunakan skrin LCD 6.7″, snapdragon 680, kamera utama 108MP dan bateri 5000mAh.
FreeBuds Pro 4 dilengkapi pemandu audio 11mm dengan pad sesentuh pada bahagian sisi. Setiap putik audio juga menyokong teknologi Huawei Sound serba baharu dan bukannya Devialet seperti sebelum ini. Sokongan audio resolusi tinggi boleh dilakukan menerusi codec SBC, AAC, L2HC 4.0 dan LDAC. Melalui bantuan pod pengecas pengguna boleh menikmati audio sehingga 33 jam sekali caj.