Arm mempunyai perancangan untuk mengeluarkan cip sendiri menerusi dokumen yang difailkan dalam kes menentang Qualcomm baru-baru ini. Dengan pengeluaran cip sendiri, Arm akan bersaing secara terus dengan pelanggan mereka seperti Apple dan Qualcomm. Selama ini Arm sekadar menjual lesen menggunakan senibina mereka yang digunakan pada cip telefon pintar, tablet, jam tangan pintar dan komputer.

Dalam dokumen yang sama, Arm mempunyai perancangan meningkatkan harga lesen menggunakan teknologi mereka sehingga 300% . Ini adalah bagi meningkatkan pendapatan syarikat sebanyak $1 bilion dalam tempoh satu dekad. Walaupun teknologi Arm dijadikan asas cip yang kini menguasai peranti pintar global, ia sekadar mencatatkan pendapatan $3.23 bilion sahaja dalam tahun fiskal 2024.
Bayaran lesen yang tinggi menjadi sebab Qualcomm diheret ke mahkamah oleh Arm bulan lalu dengan mereka mengancam membatalkan lesen kerana Qualcomm didakwa melanggar terma dan syarat. Qualcomm walau bagaimanapun didapati tidak bersalah membayar lesen lebih rendah untuk menghasilkan cip rekan Nuvia yang diambil alih pada tahun 2021.