Masukkan sahaja mana-mana fail nota, audio atau video ke Google NotebookLM, ia akan menjana fail audio dengan dua hos AI membincangkan perkara mengenai kandungan di dalam fail-fail tadi. Ia turut boleh membincang topik dengan lebih spesifik dan antara ciri baharu adalah pengguna boleh menyampuk perbincangan hos AI dan terus berbual atau tanya mereka sesuatu seakan anda melakukan panggilan telefon ke stesen radio.

Ciri ini walau bagaimanapun bukan untuk untuk dilancarkan. Google perlu melatih hos AI dengan friendliness tuning yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan. Jika tidak, ciri berbual atau terus tanya tadi akan membuatkan hos AI berasa jengkel terhadap manusia. Google melatih hos AI dengan melakukan simulasi di dunia nyata, bagaimana apabila ada sekumpulan orang sedang melakukan perbincangan dan salah seorang ahli menyampuk.
Apa-apa pun, NotebookLM adalah antara ciri AI generatif yang saya sangat suka gunakan. Masukkan sahaja apa-apa dokumen atau artikel dan hos AI boleh melakukan perbincangan menarik seakan mendengar podsiar sebenar.