Roket New Glenn Berjaya Dilancarkan Sebagai Pesaing Falcon 9
Effi Saharudin
Syarikat aeroangkasa Blue Origin milik Jeff Bezos akhirnya berjaya melancarkan roket terbaru mereka New Glenn hari ini dari Cape Canaveral, Amerika Syarikat. Ini ialah roket kedua yang dibangunkan oleh Blue Origin dengan ia setinggi 98 meter menjadikannya lebih besar berbanding roket Space X Falcon 9. Setiap roket juga mampu membawa kemampuan membawa kargo sehingga 45 tan metrik ke orbit bumi rendah (LEO).

Kemampuannya adalah lebih tinggi berbanding roket New Shepard yang digunakan Blue Origin untuk melancarkan pelancong ke angkasa lepas tetapi masih di bawah kemampuan roket SpaceX Falcon Heavy. Misi NG-1 sebentar tadi sudah dua kali ditangguh kerana pelbagai isu. Pada asalnya ia sepatutnya dilancarkan pada 10 Januari tetapi ditangguh kerana laut yang berombak sebelum sekali lagi dibatalkan pada 13 Januari kerana isu lapisan ais.

Seperti New Glenn dan Falcon 9, New Shepard mampu kembali mendarat ke bumi selepas kargo dilancarkan. Dalam misi hari ini sebuah kapal angkasa ujian Blue Ring berjaya dihantar ke orbit. New Shepard kembali ke bumi tetapi gagal melakukan pendaratan di atas platform di permukaan laut.

Walaupun Blue Origin adalah pesaing mereka, Elon Musk selaku CEO SpaceX mengucapkan tahniah atas kejayaan misi NG-1. Blue Origin akan menggunakan New Glenn untuk menghantar satelit Project Kuiper mereka yang menawarkan perkhidmatan internet menggunakan satelit. Selain itu mereka juga menerima kontrak NASA melancarkan dua proba angkasa ESCAPADE ke Marikh.
[sumber] New Glenn [/sumber]