Amerika Syarikat sekali lagi akan menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris 2015 yang ingin mengelakkan peningkatan suhu dunia melebih 1.5 °C tahap pra-industri yang dipersetujui oleh lebih 195 ahli Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC).

Menerusi arahan eksekutif yang ditandatangani Presiden Trump semalam, Amerika Syarikat akan menarik diri dalam masa setahun. Ini meletakkan Amerika sebaris dengan Iran, Yemen dan Libya yang juga tidak menyertai perjanjian ini. Pada tahun 2020, juga di bawah Trump Amerika menarik diri daripada perjanjian ini sebelum ia dibatalkan oleh Presiden Joe Biden. Menurut Trump, penarikan diri akan menjimatkan Amerika lebih $1 trilion.
Dalam perkembangan yang sama Trump juga memberikan arahan meningkatkan untuk meningkatkan pengeluar minyak dan gas, membatalkan piawaian pelepasan kenderaan dan berikrar untuk menghentikan pembinaan ladang angin di luar pesisir. Sebarang komitmen komitmen kewangan iklim antarabangsa yang dibuat di bawah pentadbiran terdahulu juga turut dihentikan.
Tahun 2024 telah disahkan oleh laporan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah sebagai tahun yang paling panas sejak suhu mula direkodkan. Purata suhu dunia pada tahun lalu adalah 15.1 Celsius lebih panas berbanding suhu pra-perindustrian (1850-1900) meluas bermula di muka bumi. Ia juga adalah 0.12 Celsius lebih panas berbanding 2023 yang merupakan tahun dengan suhu purata paling tinggi.