Carian
Donald Trump Terbuka Sekiranya Elon Musk Membeli TikTok
January 22, 2025 Aman

Donald Trump, Presiden baharu Amerika Syarikat sedia memberi lanjutan selama 75 hari untuk Bytedance menjual operasi TikTok di Amerika Syarikat. Selari dengannya, beberapa pihak sedia menyatakan hasrat untuk membeli perkhidmatan tersebut, termasuk MrBeast, salah seorang pempengaruh dan penerbit kandungan di YouTube.

Tidak setakat itu, kini Donald Trump turut berkongsi secara bersahaja, mengatakan terbuka sekiranya Elon Musk atau Larry Ellison (pengasas Oracle) untuk membeli perkhidmatan berkenaan. Presiden baharu Amerika Syarikat ini berharap sekitar 50% pegangan boleh dijual kepada syarikat Amerika untuk TikTok meneruskan operasi mereka di negara berkenaan.

Menyentuh berkenaan TikTok sebelum ini, pihak China menekankan yang mana ia adalah operasi perniagaan, dan sepatutnya beroperasi sedemikian mengikut pergerakkan pasaran, dan bukan dipaksa untuk dijual oleh sesuatu kerajaan.

Komen