Carian
Netflix Kini Mempunyai 302 Juta Pelanggan dan Umum Kenaikan Harga
January 22, 2025 Effi Saharudin

Netflix kini mempunyai hampir 302 juta pelanggan dengan ini adalah peningkatan 18.9 juta pelanggan baharu dalam suku yang lalu. Peningkatan ini melangkaui ramalan penganalisa sebelum ini dan sekaligus meneguhkan lagi kedudukan Netflix sebagai platform penstriman berbayar nombor satu dunia.

Peningkatan langganan adalah disebabkan oleh penawaran siri asli seperti Squid Game 2 serta rancangan sukan secara langsung daripada WWE, acara tinju dan juga NFL. Squid Game 2 telah mencatatkan rekod tontonan 68 Juta tontonan seminggu yang merupakan rekod tertinggi dalam sejarah platform.

Walaupun berjaya mendominasi pasaran, mereka telah mengumumkan kenaikan harga langganan di Amerika Syarikat, Argentina, Kanada, dan Portugal. Yuran langganan meningkat sehingga 16% dengan pelan paling murah kini ditawarkan pada harga $17.99 sebulan berbanding $15.49 sebelum ini. Kali terakhir Netflix menaikkan harga langganan di Amerika Syarikat adalah pada tahun 2023.

Di Malaysia harga langganan telahpun dinaikkan November tahun lalu dengan Netflix Basic pada harga RM29.90 sebulan, Netflix Standard pada harga RM49.90 sebulan, dan Netflix Premium pada harga RM62.90 sebulan.

Komen