Carian
Fahmi Fadzil: Kerajaan Tidak Berhasrat Menyekat Akses Internet Pengguna Bawah Umur
January 23, 2025 Amy Maizuraa

Cakna media sosial dalam kalangan kanak-kanak adalah satu aspek penting dalam mendidik mereka menjadi pengguna internet yang bijak dan bertanggungjawab. Beberapa negara seperti Australia dan Indonesia mula mengambil langkah proaktif dengan memperkemaskan aspek perundangan menghadkan akses platform media sosial kepada pengguna bawah umur khususnya kanak-kanak.

Kerajaan bagaimanapun buat masa ini tidak berhasrat untuk mengikut langkah drastik kedua-dua negara ini menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Sebaliknya kerajaan memilih untuk mengambil pendekatan yang seimbang dalam menangani isu keselamatan yang mungkin berlaku, termasuk mempertimbangkan latar belakang sosio-budaya dan landskap perundangan negara.

Fahmi turut berkata, pihaknya akan terus memperkukuhkan hubungan antarabangsa dengan badan kawal selia di negara lain. Ianya bertujuan bagi mengatasi isu jenayah dalam talian yang semakin meruncing. Selain itu, beliau turut menambah bahawa langkah dan tindakan perundangan yang diambil oleh negara-negara berkenaan boleh memberikan panduan kepada Malaysia. Pada masa sama, Fahmi berkata, pelbagai langkah penting dalam mencari buah fikiran baharu akan terus dilakukan bagi memastikan keselamatan dalam talian dapat diperkukuhkan.

Komen