Netfilix Sudah Mula Menguji Penstriman Permainan Video Di Awanan Untuk Pelanggan
Effi Saharudin
Netflix Games ialah perkhidmatan yang ditawarkan sejak 2021 membolehkan akses kepada permua menarik seperti GTA San Andreas menggunakan akaun sedia ada tanpa perlu membelinya secara berasingan. Selain itu permainan berdasarkan IP Netflix juga ditawarkan bagi membolehkan kandungan terus dinikmati dalam bentuk permainan video sementara menanti musim seterusnya.

Pelan seterusnya oleh Netflix ialah menawarkan pula permainan video di awanan. Dalam laporan kewangan suku yang lalu, Greg Peters yang merupakan CEO bersama Netflix mendedahkan mereka sudah menguji permainan video secara awanan pada sebilangan kecil pengguna sejak 2023. Menerusi ciri ini pelanggan boleh bermain bersama rakan terus daripada TV dengan permainan distrim terus secara awanan.
Pendedahan ini selari dengan pengumuman pada tahun 2022 dimana Netflix mengatakan mereka berminat menawarkan perkhidmatan penstriman permainan video
[sumber] The Verge [/sumber]