Carian
Ciri Pengesahan Identiti Apabila Peranti Dicuri Google Pixel Akan Diterima Semua Peranti Android
January 24, 2025 Fahim Zahar

Identity Check adalah ciri yang diperkenalkan oleh Google untuk peranti Pixel dengan Android 15 melalui kemas kini Pixel Feature Drop tahun lalu. Ia seakan ciri Stolen Device Protection pada iPhone. Menurut dokumen sokongan yang dikemaskini, Identity Check akan diberikan kepada semua peranti Android 15 dalam masa terdekat.

Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri. Sebelum ini ia hanya diberikan kepada peranti Pixel dalam bentuk ujian Beta dan akan hadir terlebih dahulu pada peranti Samsung Galaxy dengan One UI 7 sebelum kemudiannya dikembangkan kepada peranti Android 15 yang lain. Pengembangan ciri ini mirip yang dilakukan pada ciri Google to Search yang pada awalnya hanya disokong peranti Samsung sebelum tiba ke Pixel dan Android yang lain.

Dengan ciri ini diaktifkan, pengguna perlu mengesahkan identiti dengan imbasan biometri untuk mengakses tetapan akaun atau tetapan sistem peranti apabila pengguna berada di luar radius lokasi yang ditetapkan. Pencuri juga tidak boleh mematikan ciri seperti Find My Device, menukar kata laluan atau PIN peranti, format peranti dan banyak lagi.

Komen