Honda Dan Nissan Dijangka Umum Hala Tuju Penggabungan Pada Pertengahan Februari 2025
Amy Maizuraa
Butiran terperinci mengenai hala tuju penggabungan dua pengeluar kereta terkemuka Jepun, HONDA Motor Co dan Nissan Motor Co dijangka bakal diumumkan pada pertengahan Februari akan datang. Perkara ini didedahkan oleh Reuters dan Kyodo News pada Jumaat dengan memetik jurucakap syarikat Nissan. Mereka sebelum ini menyatakan akan mendedahkan perincian ini menjelang akhir Januari 2025.

Perbincangan diantara kedua belah pihak masih berjalan untuk merangka struktur penggabungan di bawah sebuah syarikat induk baharu pada 2026. Tambahan juga, sumber turut menyatakan Honda menggesa Nissan, yang sedang bergelut dengan masalah kewangan, untuk memperkukuh usaha penstrukturan semula. Sementara itu, Mitsubishi Motors, yang merupakan rakan kongsi Nissan dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk tidak menyertai penggabungan ini.
[sumber] Sinar Harian [/sumber]