CEO Qualcomm, Cristiano Amon mengumumkan Arm tidak meneruskan niat untuk membatalkan lesen penungguan teknologi mereka. Arm dan Qualcomm bertelagah mengenai nilai bayaran royalti yang perlu dibayar selepas Qualcomm mengambil alih Nuvia. Dalam kes mahkamah tahun lalu, Qualcomm didapati tidak bersalah membayar royalti pada kadar lebih rendah seperti yang dipersetujui dengan Arm sebelum itu.

Arm mengancam akan membatalkan lesen penggunaan teknologi cip mereka pada Oktober tahun lalu pada hari yang sama Snapdragon 8 Elite diumumkan ketika acara Snapdragon Summit. Ini kerana 8 Elite menggunakan CPU Oryon yang dibangunkan oleh Nuvia. Nuvia ialah syarikat yang menghasilkan rekaan untuk Apple Silicon yang mengubah senibina cip komputer Apple daripada X86 ke Arm.
Dalam saman yang difailkan Arm, mereka meminta semua cip yang dibangunkan oleh Nuvia menggunakan teknologi Arm perlu dimusnahkan kerana didakwa melanggar terma dan syarat lesen yang dibayar.