Apple Pula Mungkin Disiasat Di China Sebagai Balasan Tarif Amerika Syarikat
Effi Saharudin
Semalam China mengumumkan siasatan ke atas Google atas beberapa amalan anti persaingan yang didakwa dilakukan oleh mereka. Hari ini muncul pula laporan Apple juga akan disiasat oleh Pentadbiran Negara untuk Peraturan Pasaran China atas amalan mengambil potongan 30% bayaran aplikasi di App Store dan menghalang pembayaran pihak ketiga di luar ekosistem Apple.

Ini dilihat sebagai satu lagi balasan China ke atas tambahan tarif 10% yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump sejurus selepas memegang tampuk kuasa dua minggu lalu. Siasatan akan dilakukan bagi melihat sama ada amalan mengambil potongan 30% yang dilakukan Apple adil kepada pembangun aplikasi tempatan.
Siasatan yang dilakukan adalah sama seperti yang telah dilakukan kerajaan Jepun, Korea Selatan dan juga Kesatuan Eropah (EU) ke atas Apple sebelum ini. Di EU, bagi memenuhi kehendak Akta Pasaran Digital (DMA), Apple membenarkan stor pihak ketiga dengan pilihan pembayaran di luar ekosistem