Cari @ Amanz

xAI Membuka Daftar Minat Aplikasi Grok Untuk Android

Link Copied!

Dua bulan lepas, xAI mula menguji aplikasi Grok untuk iOS. Ini adalah untuk bersaing dengan perkhidmatan AI generatif lain seperti Microsoft Copilot, Google Gemini, ChatGPT, DeepSeek dan banyak lagi yang telah mempunyai aplikasi tersendiri. Terbaru, mereka membuka pendaftaran minat aplikasi untuk Android pula.

Pembukaan pendaftaran minat ini adalah untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja, tetapi anda boleh sahaja mendaftar mana tahu ada rezeki? Untuk penggunaan fasa awal, aplikasi ini hanya dibuka kepada pengguna di negara Australia, Kanada, India, Filipiha dan Arab Saudi. Aplikasi ini akan menawarkan penggunaan model Grok 2 yang lebih berkuasa.

Memandangkan aplikasi ini hanya menawarkan ujian mengikut negara, memasang Grok Beta secara muat sisi pada peranti Android hanya akan menyebabkan ia berhenti berfungsi. Membuka pautan Play Store pun akan memberitahu pengguna yang aplikasi tidak ditawarkan di Malaysia.

Aplikasi ini akan membenarkan pengguna menjana teks, membantu melakukan kajian, menjana imej dan berbual dengan Grok untuk mendapatkan maklumat. Jika anda berminat, Grok percuma digunakan di dalam laman web X atau aplikasi X walaupun tidak melanggan X Premium.


Komen ()