Sony WH-1000XM6 Tertiris – Rekaan Boleh-Lipat XM4 Kembali?
Fahim Zahar
Semasa kali pertama kami di Amanz menguji Sony WH-1000XM5, ia memberi pengalaman pendengaran yang agak mengecewakan. Namun, selepas beberapa kemas kini dan berbulan dijadikan sebagai set fon kepala harian – sehingga hari ini ia adalah fon kepala kegemaran kami. Akan datang, WH-1000XM6 pula akan dilancarkan dan maklumat yang tertiris amat menarik.

Sekali lagi, set fon kepala ini akan dibuat di Malaysia. Ia turut dikatakan mungkin akan menawarkan kapasiti bateri lebih besar kerana setiap model baharu dilancarkan bateri menjadi semakin besar. Melalui lakaran dalam dokumen tertiris, WH-1000XM6 dikatakan akan menggunakan pemandu audio 30mm yang sama dengan sebelum ini. Selain turut mungkin akan mempunyai cawan telinga yang mudah ditanggalkan untuk diganti.

Set fon kepala baharu ini mungkin akan mengembalikan rekaan boleh-lipat seakan WH-1000XM4 atau ULT Wear kerana pada lakaran kelihatan sejenis engsel wujud pada XM6. Bluetooth 5.3 dan Bluetooth LE akan disokong, cip adalah oleh MediaTek, dan warna biru yang diperkenalkan pada WH-1000XM5 akan diteruskan pad fon kepala baharu ini.
Sony WH-1000XM6 dijangka akan dilancarkan pada bulan Mei akan datang sama seperti WH-1000XM5 tiga tahun lepas. Sama-sama kita nantikan apakah keunikan pada fon kepala baharu ini nanti.
[sumber] The Walkman Blog [/sumber]