Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah bidang kuasa Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) secara berterusan melaksanakan tindakan sekatan ke atas platform media sosial dan laman sesawang dengan kandungan yang berundur judi.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata sejumlah 5,026 laman sesawang judi di platform media sosial telah disekat oleh SKMM bagi tempoh 2022 hingga 1 Februari 2025. Manakala sejumlah 224,403 kandungan penjudian turut diturunkan bagi tempoh sama.
Tindakan sebegini akan diteruskan oleh SKMM dari semasa ke semasa berdasarkan aduan awam serta pemantauan yang dijalankan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan internet serta platform digital.
Pada masa yang sama mewajibkan setiap perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar memohon Lesen Pemberian Perkhidmatan Aplikasi sejak 1 Januari lepas.

Mengulas lanjut, Fahim berkata, proses pelesenan tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pihak terlibat dengan ada diantaranya yang memberi kerjasama, tetapi tidak kurang kurang juga yang memberikan alas an untuk melengahkan proses.
Setakat diketahui WeChat, TikTok dan Telegram adalah tiga penyedia yang sudah menerima lesen untuk beroperasi di negara ini. Sementara itu, Meta masih tiada perkembangan baharu dan LinkedIn pula dalam perbincangan bersama SKMM untuk tujuan pelesenan ini.