Carian
Trump Ingin Mengenakan Sekurang-Kurangnya 25% Tarif Pada Cip Yang Diimport
February 19, 2025 Effi Saharudin

Presiden Donald Trump dipetik mengatakan akan mengenakan sekurang-kurangnya 25% tarif ke atas cip yang diimport masuk ke Amerika Syarikat. Ini ialah tarif permulaan dengan ia akan dinaikkan sehinggalah pengeluar cip membuka kilang pengeluaran mereka di Amerika Syarikat.

Sebelum ini beliau mengatakan ingin mengenakan sehingga 100% tarif ke atas cip yang majoritinya dikeluarkan di negara Asia seperti Malaysia, Taiwan dan China. Sasaran sebenar tarif ialah pengeluar cip teknologi lama yang diperlukan oleh industri automotif dan elektronik yang kini didominasi oleh China.

Antara arahan akhir yang dilakukan oleh pentadbiran Joe Biden ialah siasatan ke atas industri pengeluaran cip China. Dalam siasatan yang dilakukan, sebanyak 2/3 syarikat tempatan menggunakan cip lama yang diimport daripada China. Cip ini digunakan pada mesin basuh, kenderaan, kelengkapan telekomunikasi dan juga sesetengah peralatan ketenteraan. Lebih daripada separuh pengeluar mengatakan tidak mengetahui asal usul cip yang digunakan pada produk mereka.

Amerika Syarikat mengatakan pengeluaran cip legasi di China menerima bantuan kerajaan yang akan mendatangkan impak kepada pengeluar lain yang tidak boleh bersaing dengan harga rendah yang ditawarkan.

Komen