Carian
Kerangka Pelindung Qi2 Ready Samsung Galaxy S25 Membawa Masalah Magnet Tidak Melekat
February 20, 2025 Fahim Zahar

Qi2 adalah piawaian pengecasan nirwayar baharu yang bersifat universals sebagai jawapan kepada MagSafe. Untuk, menyokong piawaian ini, peranti perlu mempunyai lingkaran magnet terbina. Peranti tanpa magnet masih ada sokongan Qi2 terbina tetapi ia memerlukan aksesori Qi2 Ready seperti kerangka pelindung rasmi Samsung Galaxy S25. Terbaru, ramai pengguna melaporkan masalah serius berlaku pada kerangka pelindung ini.

Manfaat menggunakan Qi2 adalah peranti dan pengecas nirwayar akan menjadi selari kerana magnet boleh membantu. Namun, kerangka pelindung rasmi Samsung untuk Galaxy S25 iaitu Clear Magnet Case yang dijual pada harga RM129 mempunyai masalah magnet tidak melekat. Pengguna mengadu isu, magnet tidak kuat dan peranti tergelungsur. Bukan itu sahaja, ramai juga melaporkan yang kerangka Qi2 Ready Samsung ini turut mempunyai masalah kualiti binaan dan mudah calar dalam tempoh penggunaan singkat.

Komen