Tahun lepas, peranti Google Pixel mula menyokong mod malam kamera terus dari dalam aplikasi Instagram. Pengguna boleh menggunakan Night Sight dan terus kongsi. Ciri ini dikembangkan untuk peranti Samsung dan terbaru ia mula disokong oleh OnePlus pula.

Untuk menggunakan ciri ini, buka aplikasi Instagram ketika waktu malam atau di dalam suasana yang kurang cahaya. Sebelum mengambil gambar, akan ada ikon bulan muncul dan apabila ia ditekan hasil gambar di suasana gelap akan menjadi lebih terang. Ciri ini bukan sekadar mencerahkan hasil gambar tetapi diproses menggunakan teknologi dan algoritma dari kemampuan mod malam peranti itu sendiri.
Ciri ini sudah lama dibangunkan, di mana aplikasi pihak ketiga boleh mengakses ciri eksklusif kamera peranti – namun penggunaannya tidak meluas. Kini jika anda ingin kongsi gambar waktu malam dengan OnePlus 13, sudah tidak perlu risau lagi.